
|
gfAMEX ![]() WeChat
Family
D' Credits
|
Ramadhan Bakal Meninggalkan Kita.
Friday, 2 August 2013 • 06:21 • 0 comments
Aku menulis bukan kerana nama , bukan jua kerana ilmu sesak di dada , atas pengalaman sekangkang hama , sekadar dagang hina , menumpang tinta dilaman maya .
Assalamualaikum , Hai , Hello, hari ni baru sempat nak update blog ni haaa . Sebelum ni , almaklum lah "PMR Candicate" Wkwkwk . Baru baru ni baru habis trial , Ohmygod susah sgt soalannya . Macam tak mau jawab pun ada haa . Tapi fikir fikir balik , kalau tak jawab . Menyesal seumur hidup aku ni . Menyesal sebab keputusan yang kurang memberangsangkan . Kita tunggu lepas cuti raya ni , result trial PMR keluar . Arhhh takut mak . Takut tak dapat gembirakan mak :'( Maaf kalau result kurang cantik . Tak apa , macam mana pun kita tunggu saja nanti . Senang cerita . Hmm lepas cuti raya , "SPM Candicate" pulak trial .Good Luck Abang abang and kakak kakak . Try your best . #ToMyFutureHusband GoodLuck ya sayangku , buat yang terbaik walaupun awak tu malas ya sayang . Jangan hampakan ayah dan mak awak . Saya sentiasa sokong awak dari belakang sayang. Apa apa pun , buat yang terbaik .
Ehh ehh , perasan tak yang tak lama lagi ramadhan bakal meninggalkan kita ? Perasan tak ? :O Puas hati tak dengan keadaan diri dalam beramal ibadah seharian ? Bagi cydah rasa menyesal pada diri ni kerana belum sempurna raikan ibadah di bulan ni , 'sale'nya hampir penghabisan stok . Jual beli dengan Allah belum sempurna . Allahu Akbar . Tidak sempat memenuhi segenap malam malam Ramadhan dengan panggilan dari masjid . Al Quran pula tak mencapai target untuk khatam yang sepatutnya .Beberapa hari sahaja lagi , seharusnya aku risau adakah Ramadhan kali ini terakhir bagiku ?
Dalam masa yang sama , dengan berita kematian jiran yang aku rapat telah kembali ke rahmatullah pada jumaat yang lepas di bulan Ramadhan ni . Al Fatihah . Bertuahnya seorang alim pergi menghadap Allah dalam keadaan tenang di bulan yang mulia ni . Namun amalannya InsyaAllah mampu menjadi galang ganti saksi perbicaraan dihadapan Tuhan . Segalanya dalam pengetahuan Tuhan . Dan tahun ni dah 8 tahun aku beraya tanpa seorang bapa yang aku sayang . #WahaiAyahku , aku amat merindukan kamu . Sesungguhnya aku akan bersama kamu sama ada cepat ataupun lambat . Bagaimanakah dengan kita ?
Melihat manusia lain dengan pelbagai gaya , mendorong diri untuk seperti mereka . Sebenarnya kita sudah tidak mempunyai masa untuk berfoya foya , bergaya , berpeleseran tiada hala . Jika kita tahu bila ajal kita? Sepantasnya diri tidak akan tenang membuat amal persiapan . Takut pun datang , tidur mungkin tidak ,makan pun tidak bernafsu sudah . Hakikatnya Allah itu Maha Penyayang lagi Pengasih .Membiarkan hambanya tidur dalam kesenangan , makan dengan berselera . Namun manusia bersikap pelupa .
Ramadhan bertindak sebagai "Peringatan"
Ramadhan memberi kita peringatan , tanpa kehadirannya manusia terus hanyut leka. Hikmah bersahur , berbuka , berlapar ,dan dahaga , hikmah zakat fitrah , hikmah solat terawih , dan segala hikmah padanya yang boleh membuatkan mata hati kita tidak buta , buta dengan kefanaan dunia . Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini menjadi satu daya untuk kita mempercepatkan kelajuan dengan penuh kesungguhan beramal demi mencapai redha Allah . Allahu Akbar .
#NorSyahidah&AsyraafMirza
|